Aku sebenarnya malas nak tulis pasal kewangan sebab semua tulisan aku pasal kewangan aku salurkan kat portal
http://www.urusinsan.net/ tapi apa yang aku nak sentuh kat sini lebih kepada sikap, ini pengamatan aku selama 2 minggu aku kat Indonesia, dah lama rasanya aku nak tulis pasal benda nie tapi banyak benda lain nak buat dan dari hari ke hari tertangguh, biasa la kan alasan orang malas.
Bila malam-malam sejuk kat Bandung nie dan boring tak tahu nak buat apa, aku decide la nak sentuh sikit pasal benda nie sebab aku tengok kalau orang-orang Indonesia nie boleh buat aku hairan gak kenapa orang-orang kat Malaysia tak boleh buat atau jarang-jarang aku jumpa yang boleh buat. Apa bendanya ? Kau orang tahu tak susah giler kalau nak berhutang kat Indonesia. Aku bagi contoh :-
1. Kalau nak beli kereta kat Indonesia paling minima mesti ada 15% downpayment (Kalau di praktiskan kat Malaysia , aku rasa banyak syarikat kereta gulung tikar dan banyak yang tak pakai kereta kat Malaysia, selamat sikit alam sekitar)
2. Paling lama boleh buat loan beli kereta kat sini ialah selama tiga tahun, perghhh alamatnya banyak la yang jalan kaki kat Malaysia kalau bank buat macam tu.
3. Kalau nak beli rumah kat Indonesia , down payment biasanya 30% tapi ada bank yang bagi 10% dan 20% downpayment kalau nak berhutang la kan. Kalau 30% la downpayment, aku rasa banyak rakyat Malaysia yang takda rumah dan hanya menyewa, itu dari segi jangka pendek tapi dari segi jangka panjang, hanya yang betul-betul komited je yang beli rumah.
4. Menarik lagi kat sini kalau nak beli rumah tapi tak nak hutang dan taknak bunga, kat sini boleh beli rumah baru samaada 45 X sehinngga 60 X bayar tanpa downpayment dan takda bunga. Part nie aku heran sikit kenapa tak boleh buat kat Malaysia, pertama tak perlu bayar bunga (takda riba) dan kedua kalau boleh beli kete harga RM100K misalnya boleh bayar 5 hingga 9 tahun , kenapa tak boleh beli rumah 6 hingga 9 tahun je.
5. Purata yang beli rumah kat Indonesia menyelesaikan hutang rumah mereka hanya dalam masa 10 tahun (bank kat Indonesia biasa bagi pinjaman maksimum 20 tahun )
Ini hanya beberapa contoh apa yang orang Indonesia buat tapi kita tak boleh buat, dari segi jangka panjang bagi aku bagus, rakyat Indonesia kurang berhutang tak macam rakyat Malaysia nak jadi macam rakyat Amerika yang banyak hutang, terutama hutang pengguna (consumer). Aku rasa bukan sebab Bank kat Malaysia tak boleh buat atau apa ke, tapi aku rasa Rakyat Malaysia rata-rata pemalas, malas nak pikir dan malas nak ubah sikap. itu je, kalau ada yang kata malas tu baik terima je la, sebab memang dah terbukti dah pun.
Mungkin sebab tu la kot bila aku beli kereta untuk tunang aku seminggu sebelum aku ke Bandung, aku kata nak beli cash, ada saleman tu kata , kalau dia jual cash dia rugi sebab company dia tak dapat komisyen RM600 daripada bank, dia lagi suka kalau aku berhutang sebab dia boleh dapat 2 X untung ( untung jual kereta + untung komisyen jual loan). Alih-alih aku cancel beli kat situ, aku beli cash RM28K (dapat diskaun 2K lagi). Kalau macam tu la gamaknya, maknanya diaorang bukan jual kereta tapi jual hutang, sebab tu boleh jual kereta takda downpayment, sebab boleh dapat komisyen daripada bank dan pengguna kat Malaysia pulak takda otak ikut je la apa salesman tu cakap. Nampak sangat pembeli kereta kat Malaysia bengap. Lagi satu yang aku tak tahu samaada pembeli kereta kat Malaysia perasan atau tidak, lagi pendek pinjaman kereta lagi tinggi kadar faedah yang dikenakan, macam tak galakkan orang selesaikan hutang kereta cepat je. Berbanding dengan kalau beli rumah, lagi pendek tempoh pinjaman lebih kecil kadar faedah yang dikenakan. Sebab tu orang miskin beli banyak kereta tapi orang kaya beli banyak rumah sebab beli rumah lebih murah daripada beli kereta sebenarnya. Itu belum kira nilai kereta yang susut tiap-tiap tahun berbanding nilai hartanah yang semakin meningkat setiap tahun.
Lagi satu yang aku perhatikan, kenapa model-model baru kereta dan motor mesti masuk awal kat Singapura , Thailand dan Indonesia , aku banyak jumpa model kereta-kereta baru kat sini, macam Malaysia last kopek je, dah keluar kat negara-negara sekeliling kita baru la terhegeh-hegeh nak bawak masuk kat Malaysia. Kalau ada kereta import yang murah pun sebab 2nd hand atau recond , macam la Malaysia pusat melambak kereta 2nd hand daripada luar negara. Kau orang tahu tak dari awal tahun 2000 hingga pertengahan 2005 , Penjualan kereta kat Malaysia melebihi daripada Singaoura , Indonesia dan Thailand berdasarkan peratusan rakyatnya. Indonesia yang ada 200 Juta lebih rakyat pun tak beli kereta sebanyak rakyat malaysia kalau lihat dari segi nisbah penduduk. Orang Malaysia memang bengap dan gila kereta ( malas nak komen lebih-lebih , sendiri mahu ingat la... ). lebih tu bila jalan raya sesak , balik-balik salahkan gomen, sendiri cari penyakit, gomen satu bengap gak, buat jalan besar-besar, bukannya nak buat public transport free bagi rakyatnya, kalau kat Sydney (kawasan CBD - central business district) naik bas free je sepanjang hari. Boleh pulak mereka bagi pengangkutan percuma kepada rakyatnya. Kat Malaysia entah bila la boleh buat ???? hampehhh.
Dari pengamatan aku, aku rasa orang Indonesia lebih kaya daripada orang Malaysia sebab diaorang kurang berhutang, kalau dari senarai orang terkaya kat Asia Tenggara pun Singapura dan Indonesia mendahuli berbanding negara lain , kita cuma boleh harap taukey gula dan taukey hiburan je laa (dua benda yang banyak bawak penyakit). Mungkin dari segi kehidupan mereka tak nampak mewah macam orang Malaysia, tapi mereka mempunyai kapasiti yang lebih tinggi dari kita dan yang pasti takda la pulak aku dengar timbul isu kuota kat sini, tak la macam kat Malaysia, sikit-sikit usik isu kuota, aku kenkadang sebagai Muslim Bumiputera Melayu pun naik menyampah dan malu , macam la orang Muslim Bumiputera Melayu tak boleh hidup kalau takda Kuota Bumiputera, aku yang dah lebih 33 tahun hidup dan tak pernah merasa kuota Bumiputera nie boleh juga jadi jutawan. Bagi aku kalau orang Indon pun boleh buat ... apa tah lagi aku yang ada banyak kelebihan kat bumi Malaysia, nak dengan tak nak je.