Aku rindukan masakan dan makanan melayu , rindukan kemesraan keluargaku , rindukan senyuman tunangku dan yang paling ku rindu ialah persekitaranku. Berada di rumah tidak sama ketika kita berada di perantauan. Hati ini berasa senang ketika dirumah, aku bisa kemana sahaja di persekitaranku. Hujan emas di negara orang , hujan batu di negara sendiri, lebih baik di negara sendiri.
Bukan aku menyesal dengan pilihan hidupku, inilah yang aku inginkan semenjak dari bangku sekolah untuk melihat negara orang lain, melihat budaya , menimba ilmu dan pengalaman dari negara orang lain. Sebagai orang yang sering berulang alik ke luar negara, meninjau negaraku dari luar, kadang aku terfikir ada juga baiknya aku berada di luar meninjau ke dalam. Dapatku membuat perbandingan, mengambil yang baik dan membuang yang buruk.
Insyallah jika umurku panjang , inginku coretkan lagi kisah-kisah diriku ketika aku merantau di negara orang , pengalamanku mengunjungi negara orang dan apa yang baik boleh dipelajari dari budaya dan peradaban orang lain.
Nice Page Bro..
ReplyDeleteLuahan dari lubuk hati ye nie?
All D Best!
Abang....
ReplyDeletesayang juga turut merinduimu.
Salam sayang dari tunangmu.
Terima kasih, dah lama rancang untuk ada blog peribadi, kalau blog lama dulu macam rojak,semua masuk kat situ (baru belajar) sekarang dah ada www.urusinsan.net jadi boleh fokus pada urusan peribadi pulak.
ReplyDelete