Monday, October 13, 2008

AKU KINI TUNANGAN ORANG

Tanggal 2 Oktober yang lalu sah la kini aku menjadi tunangan orang. Aku terlebih dahulu ingin memohon maaf jika ada hati yang terguris dengan perkembangan ini. Disaat orang lain sibuk berhari raya , aku pula bertunang pada hari raya kedua. Majlis ringkas yang tidak dirangcang adalah merupakan satu kejutan buat tunanganku, dia sendiri tidak mengetahui yang dia bakal menjadi tunangan orang pada hari tersebut.

Hadir pada kunjungan raya tersebut hanyalah diriku dan seluruh keluarga abang-abangku beserta kakak ipar serta anak-anak mereka. Aku mewakili diriku sendiri dan abang sulongku yang membuka bicara mewakili arwah ayah yang telah tiada. Segala butiran perkahwinanku kelak diserahkan kepada diriku serta tunanganku untuk di putuskan.

Ringkas , mudah , tenang dan padat, itulah yang dapat digambarkan pada hari pertunanganku, aku hanya membawa 3 hadiah pertunangan yakni sebentuk cincin emas , gelang beserta rantai leher emas 916 yang membawa erti tersendiri. Gelang tangan adalah merupakan tanda setuju dari kakak iparku yang ketiga , rantai leher pula adalah restu dari kakak iparku yang kedua dan manakala cincin pula adalah merupakan wakil kakak iparku yang pertama mewakili arwah ibuku yang telah tiada.

Aku berharap bahawa pilihanku direstui oleh kedua arwah orang tuaku jika mereka masih ada. Aku cuba sedayaku untuk tidak mengecewakan kedua orang tuaku. Pilihanku kerana agamanya , keturunanya , budi-bahasanya, hartanya dan juga kecantikannya dan aku memilih agamanya kerana kecantikan akan pudar. Doakan semoga jodohku berpanjangan hingga ke liang lahat.

No comments:

Post a Comment