Monday, November 10, 2008

KENAPA PERLU ADA PHD ?

Setelah lebih 2 minggu berada di Bandung Indonesia, kini aku kembali pulang ke rumah , punyalah banyak surat ..... kebanyakannya surat hutang, biasa la cukup bulan. Belum pun aku sempat melabuhkan punggung bertalu-talu panggilan masuk .. daripada pegawai bank yang aku cintai hinggalah kepada sedara mara yang merindui ..jenuh malayan. Balik je macam-macam hal terjadi, antaranya ialah Rakan perniagaan (salah seorang partner aku) kena bomoh lagi .. macam biasa sebab kes sakit hati. Pantang tengok orang lain maju sikit, ada saja yang sakit hati. Belajar atau Berguru bagaimana untuk berjaya taknak tapi sakit hati dengan kejayaan orang lain. Selagi bernama manusia, selagi itu ada PHD.
"Perasan" , "eksyen la tu" , "terbakar je aku tengok" , "menyampah" , "tak pa hari nie hari kau" ,"nanti aku bomohkan dia" , "nanti aku kenakan dia" itulah unkapan-ungkapan yang biasa dikeluarkan oleh mereka yang mempunyai PHD (perasaan hasad dengki) pada manusia yang lain. Tidak kira agama, bangsa dan keturunannya. Mengapa perlu dengki pada orang lain? adakah kerana dia lebih hensem ? cantik ? berjaya ? dan sebagainya? pernahkah orang yang kita dengki itu menyakiti atau menyentuh kita?

Kenapa perlu sakit hati pada orang lain yang tidak ambil pusing pasal kita? mengapa kita perlu ambil tahu pasal orang lain yang tidak pernah ambil tahu pasal kita? Jika orang yang kita sakit hati itu lebih hensem atau tampan daripada kita, kenapa kita tidak mahu belajar daripadanya bagaimana untuk kelihatan lebih tampan , jika dia lebih cantik , kenapa kita tidak mahu belajar bagaimana untuk kelihatan lebih cantik ? jika dia lebih kurus , kenapa tidak bertanya apa rahsia dia menjadi lebih kurus , begitu juga kalau dia lebih kaya dan berjaya daripada , kenapa kita tidak mahu bertanya dan belajar daripadanya? mengapa perlu sakit hati pada orang yang tidak mengambil rezeki kta , tidak pernah menyentuh peribadi kita atau tidak pernah ambil tahu pasal kita.

Mengapa kita sibuk-sibuk dengan orang lain? Mengapa perlu kita sibuk dengan ketampananya , kecantikannya , kejayaannya , kekayaannya atau apa sahaja yang membuat kita dengki denganya? Kalau kita rasa kita tampan, ada 1000 orang lain lebih tampan daripada kita, jika kita rasa diri kita hebat, ada 1000 orang lain yang lebih hebat , berjaya dan kaya daripada kita, mengapa harus ada PHD?






Mentor aku pernah berkata pada aku, " kejayaan adalah bergantung kepada definasi kita sendiri dan bukannya pada orang lain dan kejayaan datang kepada mereka yang tidak memperdulikan orang lain". Aku rasa kenyataan tersebut jelas, jika kita sibuk dengan orang lain, lebih kurang masa kita berikan untuk diri kita sendiri, bagaimana kita boleh berjaya jika banyak masa telah dihabiskan mendengki orang lain ?

Yang aku tak paham ialah apa faedahnya mendengki orang lain? kalau nak dikatakan akan mendapat kesenangan, rasanya hati tidak senang dan tenang, jika kejayaan yang ingin dicapai, rasanya akan perolehi kegagalan , kalau ianya dapat mengkayakan diri, aku rasa akan menjadi lebih miskin kerana berabis duit untuk berlawan atau menunjuk pada orang yang dia dengki , kalau menjadikan diri lebih baik, ada rasa hasad dengki itupun sudah tidak baik. Jadi, apa faedahnya mendengki orang lain?

Bagi aku, orang yang ada PHD ini sebenarnya sakit dan perlukan bantuan, baik daripada segi jiwa , spiritual dan juga mentalnya. Mereka yang mempunyai sindrom ini bukan sahaja menyusahkan dirinya sendiri malah juga menyusahkan orang lain. Yang paling menyedihkan ialah mereka tidak akab mencapai apa juga objektif mereka, ini kerena orang yang mereka sakit hati dan dengki sememangnya lebih baik daripada mereka, Orang yang mereka benci ini tidak sedikitpun ambil peduli tentang mereka dan tidak sedikit pun terjejas dengan hasad dengki terhadap mereka. Hidup merek yang mempunyai penyakit PHD ini amatlah menyedihkan , kalau orang putih cakap " Born Loser".

No comments:

Post a Comment