Kini Melayu semakin lupa diri dan hilang identiti, mugkin telah ramai yang bersekolah tinggi mereka rasa diri mereka lebih hebat berbanding asal usul datuk nenek mereka dahulu. Kini melaku ada yang mempunyai rambut yang berbagai warna , kuning , merah , hijau dan tidak lupa perang macam ekor kuda. Kini ramai melayu yang bukan sahaja punya kuku yang berbagai warna malah sanggup berbogel hanya cukup untuk menutup alat sulitnya sahaja.
Aku pernah juga jumpa Melayu yang dah tak reti cakap Melayu, alaaa dia buat pelat orang puteh dia .. apa orang kata " step the wrong speket" macam tu la lebih kurang, tapi yang pasti lebih kurenggg. Walhal dulu besar dengan belacan. Pieee la mabuk, Ada juga Melayu yang nampak macam kaya (tapi aku rasa kaya hutang je lebih) yang mengalahkan Warren Buffet , baru ada 2-3 biji rumah , 2-3 biji kete mewah , mak bapak dia punya lagak mengalahkan orang paling kaya kat dunia. Ada juga Melayu yang baru pakai Wira atau Satria , modified kete macam la kete tu boleh terbang (macam-macam sayap ada), bawak kete macam pelesit , kalau betul-betul laju takpa la jugak, harap bunyi ekszos je yang bising, lepas tu bawak kete merbahayakan orang lain, akal letak kat lutut ke apa? Mamat yang bawak Porche dan Ferrari pun tak bawak kete macam tu, bagral punya manusia, Mana perginya sopan santun dan lemah lembut orang Melayu?
Paling aku benci pasal Melayu baru yang semakin hilang identiti Melayunya kini ialah bangsa lain makin maju bukan sahaja dengan pencapaian minda , teknologi , sikap dan peradaban, tapi Melayu baru sibuk berebut pangkat , harta dan wang ringgit dengan cara menggadaikan maruah bangsa dan harga diri, mereka ini tidak ada bezanya dengan pelacur jalanan yang menjual diri bagi meneruskan kelangsungan hidup.



Saya setuju. Kalaulah omputeh pakat kutuk kwn2x depa yg baru balik drp Mesia kan best. i:e "Look at Tom, he just been in Malaysia for about week but he started eating with his hand already". Kan seronok lagu tu..
ReplyDeleteShuhaimi Saidin
Orang Kodiang di Qaqortoq, Greenland.
en zaidi...saya seruju dengan pendapat en Zaidi...ok..selalu soalan nie timbul dalam fikiran saya,....oleh itu,,,,apa yang membuatkan en Zaidi bangga menjadi anak melayu?
ReplyDeleteSaya tak pernah bangga dilahirkan dalam bangsa Melayu, saya bangga (tak kira apapun bangsanya) kalau dia mempunyai nilai murni sebagai seorang manusia, samada dari segi perlakuan dan juga pemikirannya. Dari pelakuan kita boleh tahu jiwa seseorang (iman) , manakala dari percakapan atau penulisan kita boleh tahu pemikiran seseorang.
ReplyDeleteBagi saya, "talk is cheap" , jika kita mempunyai idea , pemikiran dan agenda , maka lakukan, jangan hanya duduk berpeluk tubuh. Jika seorang Muslim mahu terus menjadi relevan hari ini, dia seharusnya menjadi contoh pada yang lain.
Apa ada pada Melayu? Mamak pun mengaku Melayu? Anak hasil daripda perkahwiman campur Melayu juga mengaku Melayu? Melayu hanya sekadar nama , apa yang lebih penting adalah apa yang telah kita lakukan semasa hayat kita, kerana itu yang akan ditanya kelak, bukan melayu atau tidak.