Tuesday, November 25, 2008

MELAYU YANG SEMAKIN HILANG

Masa aku kat US atau kat mana sahaja aku pergi, ada beberapa benda yang aku takan lupa bawak , selain sejadah, berus dan ubat gigi sendiri , kain pelikat aku takan lupa bawak, baik kat mana pun didunia nie aku merantau, mesti ada kain pelikat kesayangan aku yang akan aku bawa bersama pengembaraan aku. Bagi aku, kain pelikat adalah merupakan ideniti bukan sahaja bangsa aku tapi juga diri aku.
Kini aku tengok orang Melayu terutamanya makin lupa dengan kain pelikat, ada sekali tu aku selamba pakai kain pelikat keluar rumah (Kat malaysia) pergi Kampung Baru makan Tomyam dengan tunang aku, itupun ada ramai yang menjeling macam pelik tengok aku. Heran jugak aku , Aku tutup aurat apa, salah ke kalau aku pakai kain pelikat kat Bandar Kuala Lumpur? tapi kalau pompuan pakai baju tak cukup kain takda pulak yang jeling pelik, 2 -3 kali jeling terjojol mata ada la sebab nak tengok berkali-kali benda haram. Masa aku kat Kemboja keliling aku semua pakai kain pelikat, takda hal pun.



Kini Melayu semakin lupa diri dan hilang identiti, mugkin telah ramai yang bersekolah tinggi mereka rasa diri mereka lebih hebat berbanding asal usul datuk nenek mereka dahulu. Kini melaku ada yang mempunyai rambut yang berbagai warna , kuning , merah , hijau dan tidak lupa perang macam ekor kuda. Kini ramai melayu yang bukan sahaja punya kuku yang berbagai warna malah sanggup berbogel hanya cukup untuk menutup alat sulitnya sahaja.

Aku pernah juga jumpa Melayu yang dah tak reti cakap Melayu, alaaa dia buat pelat orang puteh dia .. apa orang kata " step the wrong speket" macam tu la lebih kurang, tapi yang pasti lebih kurenggg. Walhal dulu besar dengan belacan. Pieee la mabuk, Ada juga Melayu yang nampak macam kaya (tapi aku rasa kaya hutang je lebih) yang mengalahkan Warren Buffet , baru ada 2-3 biji rumah , 2-3 biji kete mewah , mak bapak dia punya lagak mengalahkan orang paling kaya kat dunia. Ada juga Melayu yang baru pakai Wira atau Satria , modified kete macam la kete tu boleh terbang (macam-macam sayap ada), bawak kete macam pelesit , kalau betul-betul laju takpa la jugak, harap bunyi ekszos je yang bising, lepas tu bawak kete merbahayakan orang lain, akal letak kat lutut ke apa? Mamat yang bawak Porche dan Ferrari pun tak bawak kete macam tu, bagral punya manusia, Mana perginya sopan santun dan lemah lembut orang Melayu?

Paling aku benci pasal Melayu baru yang semakin hilang identiti Melayunya kini ialah bangsa lain makin maju bukan sahaja dengan pencapaian minda , teknologi , sikap dan peradaban, tapi Melayu baru sibuk berebut pangkat , harta dan wang ringgit dengan cara menggadaikan maruah bangsa dan harga diri, mereka ini tidak ada bezanya dengan pelacur jalanan yang menjual diri bagi meneruskan kelangsungan hidup.

Monday, November 10, 2008

KENAPA PERLU ADA PHD ?

Setelah lebih 2 minggu berada di Bandung Indonesia, kini aku kembali pulang ke rumah , punyalah banyak surat ..... kebanyakannya surat hutang, biasa la cukup bulan. Belum pun aku sempat melabuhkan punggung bertalu-talu panggilan masuk .. daripada pegawai bank yang aku cintai hinggalah kepada sedara mara yang merindui ..jenuh malayan. Balik je macam-macam hal terjadi, antaranya ialah Rakan perniagaan (salah seorang partner aku) kena bomoh lagi .. macam biasa sebab kes sakit hati. Pantang tengok orang lain maju sikit, ada saja yang sakit hati. Belajar atau Berguru bagaimana untuk berjaya taknak tapi sakit hati dengan kejayaan orang lain. Selagi bernama manusia, selagi itu ada PHD.
"Perasan" , "eksyen la tu" , "terbakar je aku tengok" , "menyampah" , "tak pa hari nie hari kau" ,"nanti aku bomohkan dia" , "nanti aku kenakan dia" itulah unkapan-ungkapan yang biasa dikeluarkan oleh mereka yang mempunyai PHD (perasaan hasad dengki) pada manusia yang lain. Tidak kira agama, bangsa dan keturunannya. Mengapa perlu dengki pada orang lain? adakah kerana dia lebih hensem ? cantik ? berjaya ? dan sebagainya? pernahkah orang yang kita dengki itu menyakiti atau menyentuh kita?

Kenapa perlu sakit hati pada orang lain yang tidak ambil pusing pasal kita? mengapa kita perlu ambil tahu pasal orang lain yang tidak pernah ambil tahu pasal kita? Jika orang yang kita sakit hati itu lebih hensem atau tampan daripada kita, kenapa kita tidak mahu belajar daripadanya bagaimana untuk kelihatan lebih tampan , jika dia lebih cantik , kenapa kita tidak mahu belajar bagaimana untuk kelihatan lebih cantik ? jika dia lebih kurus , kenapa tidak bertanya apa rahsia dia menjadi lebih kurus , begitu juga kalau dia lebih kaya dan berjaya daripada , kenapa kita tidak mahu bertanya dan belajar daripadanya? mengapa perlu sakit hati pada orang yang tidak mengambil rezeki kta , tidak pernah menyentuh peribadi kita atau tidak pernah ambil tahu pasal kita.

Mengapa kita sibuk-sibuk dengan orang lain? Mengapa perlu kita sibuk dengan ketampananya , kecantikannya , kejayaannya , kekayaannya atau apa sahaja yang membuat kita dengki denganya? Kalau kita rasa kita tampan, ada 1000 orang lain lebih tampan daripada kita, jika kita rasa diri kita hebat, ada 1000 orang lain yang lebih hebat , berjaya dan kaya daripada kita, mengapa harus ada PHD?






Mentor aku pernah berkata pada aku, " kejayaan adalah bergantung kepada definasi kita sendiri dan bukannya pada orang lain dan kejayaan datang kepada mereka yang tidak memperdulikan orang lain". Aku rasa kenyataan tersebut jelas, jika kita sibuk dengan orang lain, lebih kurang masa kita berikan untuk diri kita sendiri, bagaimana kita boleh berjaya jika banyak masa telah dihabiskan mendengki orang lain ?

Yang aku tak paham ialah apa faedahnya mendengki orang lain? kalau nak dikatakan akan mendapat kesenangan, rasanya hati tidak senang dan tenang, jika kejayaan yang ingin dicapai, rasanya akan perolehi kegagalan , kalau ianya dapat mengkayakan diri, aku rasa akan menjadi lebih miskin kerana berabis duit untuk berlawan atau menunjuk pada orang yang dia dengki , kalau menjadikan diri lebih baik, ada rasa hasad dengki itupun sudah tidak baik. Jadi, apa faedahnya mendengki orang lain?

Bagi aku, orang yang ada PHD ini sebenarnya sakit dan perlukan bantuan, baik daripada segi jiwa , spiritual dan juga mentalnya. Mereka yang mempunyai sindrom ini bukan sahaja menyusahkan dirinya sendiri malah juga menyusahkan orang lain. Yang paling menyedihkan ialah mereka tidak akab mencapai apa juga objektif mereka, ini kerena orang yang mereka sakit hati dan dengki sememangnya lebih baik daripada mereka, Orang yang mereka benci ini tidak sedikitpun ambil peduli tentang mereka dan tidak sedikit pun terjejas dengan hasad dengki terhadap mereka. Hidup merek yang mempunyai penyakit PHD ini amatlah menyedihkan , kalau orang putih cakap " Born Loser".

Sunday, November 2, 2008

AKU DULU KINI DAN SELAMANYA

Masa zaman aku membesar aku tersisih daripada kebanyakan orang, aku tidak mempunyai teman atau sahabat rapat seperti yang lain, aku membesar dengan satu kod, yakni percaya pada diri dan pedulikan orang lain. Itu kod yang diprogramkan kedalam kepalaku. Bagiku, aku mencipta duniaku.

Pada April 1975 Bad Company mengeluarkan sebuah album "Straight Shooter " dengan "shooting star" sebagai lagu hitsnya dan pada tahun yang sama juga aku dilahirkan. Aku dibesarkan mendengar lagu-lagu dari band-band rock seperti Bad Company , Deep Purple , Rainbow dan banyak lagi band rock yang lain. Pada mereka yang mengenali aku, aku dianggap pelik dan tua sebelum waktunya, Membesar berseorangan dengan abang yang paling rapat denganku punya 10 tahun perbezaan usia. Aku dibesarkan dengan pemikiran dewasa. Aku tidak sempat menjalani usia remajaku.

Semasa aku di sekolah , rakan sedarjah menyisihku, bukan kerana aku seorang budak yang jahat , nakal mungkin tapi bukan jahat, tapi kerana aku tidak sama dengan yang lain. Ketika yang lain berpeluang untuk ke tadika aku pula belajar bagaimana untuk menjaja kuih , ketika mereka sibuk bermain selepas waktu sekolah , aku pula harus mengaji dan menjual kuih buat wang saku ke sekolah. Ketika yang lain berpusu-pusu mahu melanjutkan persekolahn ke sekolah berasrama penuh, aku pula mahu ke sekolah vokasional. Ketika remaja lain masih santai , aku belajar erti kepayahan, kesusahan dan usaha daripada kedua orang tua ku. Aku bersyukur diberikan panduan hidup oleh mereka. Siapalah diriku jika tanpa kedua ibu bapaku.



Aku memang pelik , itu kata-kata teman sekuliah ku dulu, ketika anak melayu lain didalam kelasku berpuak-puak , aku pula mempunyai sahabat rapat daripada kaum Cina dan India. Ketika Melayu lain mengata di belakangku , Aku pula sibuk belajar dengan Sahabat Cina dan Indiaku apa itu erti minoriti , dipinggirkan dan usaha keras. Ketika teman sekelasku sibuk mengatur cuti persekolahan mereka, aku pula sibuk mencari peluang menambah pendapatan. Ketika yang lain makan bersama rakan seusia mereka, aku pula duduk semeja dengan para pensyarahku berdiskusi tetang kehidupan. Ketika yang lain tinggal di asrama, aku pula tinggal dirumah sewa sendirian.

Ketika aku memulakan karierku, teman sepejabat juga menanggapku pelik, ketika mereka pulang ke rumah jam 5 , aku pula tidur dipejabat, ketika mereka masih memegang jawatan yang sama setelah beberapa tahun bekerja, aku pula diangkat menjadi Eksekutif Kanan ketika usiaku 25 tahun, ketika mereka gusar tentang pekerjaan mereka, aku pula telah mempunyai syarikatku sendiri dan ketika mereka masih di terkial-kial di negara sendri, kakiku telah pun melangkah ke 16 buah negara.

Aku juga dianggap pelik kerana menjadi jutawan pada usia seawal 30an yang mana ketika kebanyakan kenalan di sekelilingku masih terpinga-pinga mencari arah hidup, Alhamdulillah aku bersyukur diberikan rezeki dan kepelikanku oleh Allah. Aku akan terus menjadi pelik di mata ramai dari dulu kini dan selamanya, lagipun 5% daripada daripada penduduk dunia adalah terdiri daripada mereka yang pelik, jika tidak masakan mereka menguasai dunia. Kepelikanku menjadikan siapa diriku. Identitiku , perbuatan , gaya dan caraku akan tetap dianggap pelik bagi kebanyakan orang. Bagiku , itulah aku, seorang yang pelik dimata ramai.