Sunday, September 28, 2008

KEMBALI MENULIS

Alhamdulliah dari hari ke hari bertangguh untuk kemaskini blog yang sedia ada, terpaksa pindahkan coretan terdahulu kepada blog yang terbaru ini. Harap blog yang baru ini bertahan lama dan tidak memberikan sebarang masalah kepada saya kelak.

Dah laman rasanya nak ubah format blog dan juga coretan yang ditulis, kalau dulu semuanya rojak dalam satu blog. Kini bolehlah difokuskan kepada coretan perjalanan kehidupan saya sahaja. Bagi yang nak tahu pasal kewangan kena ke www.urusinsan.net dan yang nak tahu apa resepi terbaru dan apa makan yang sedap bolehlah mengunjungi www.paksucorner.com . Disini hanya kisah perjalanan hidup saya sahaja. Coretan yang diharap dapat menjadi rujukan anak cucu kelak apabila saya sudah tiada.

Coretan latar belakang, sejarah dan yang lebih penting siapa Zaidi Ismail sebenarnya, apa yang ada dikepalanya serta apa fahaman yang dibawanya. Semua itu insyaallah akan di coretkan di sini untuk tatapan keturunan saya kelak.

Salam

Zaidi Ismail

No comments:

Post a Comment