Wednesday, August 12, 2009

KENALI DIRI INI

Baru-baru ini sedang saya memandu dan kepala saya mengangguk-aguk mengikut rentak musik dan menyanyi mengikut lirik lagu yang sedang berkumandang, tunang saya menemplak "Apa abang nie, dah buang tebiat ke ?" ketika itu Paul Rogers dari Bad Company sedang menyanyikan lagu "simple man".

Saya cuba menerangkan kepada tunang saya siapa itu Bad Company dan apa makna lagu tersebut bagi saya, ketika itu saya tersedar, setelah lebih 3 tahun berkenalan dan hampir setahun bertunang , bukan hanya tunang saya malah kadangkala kaum keluarga saya sendiri tidak memahami diri ini biarpun telah 35 tahun dibesarkan didalam keluarga yang sama, masa bukanlah jaminan untuk mengenali seseorang.



Siapa diri ini ?

Lebih daripada tarikh lahir , tempat dilahirkan serta pekerjaan, siapa sebenarnya diri ini ? Saya seorang yang tegas , berbintangkan Aries , saya yang amat bertekad tinggi , kadangkala taksub terhadap sesuatu yang sangat suka sehingga seluruh masa , tenaga dan jiwa dicurahkan kepadanya. Ada ketika jika saya sedang berkonsentrasi , air liur saya meleleh tanpa disedari.

Saya seorang yang suka berexpressi , kalau saya buntu, saya akan mendiamkan diri , kalau saya gembira saya akan tersenyum sepanjang hari. kadangkala saya akan ketawa dan kadangkala saya akan menyanyi. Oleh kerana ramai yang tidak mengerti, mereka kata saya buang tebiat itu dan ini.

Saya seorang yang kurang mengikut emosi , semuanya mesti masuk akal atau "common sense" , sesuatu itu mesti ada sebabnya dan berasas, ini membuatkan mereka yang disekeliling selalu makan hati. Ada yang mengatakan saya sombong dan membangga diri , saya katakan mereka tidak kenal diri ini.

Banyak sudah rintangn yang saya harungi, pengalaman ini membuatkan saya berhati-hati , kurang bercakap perkara yang tidak membawa faedah pada diri , oleh itu ada yang merasakan saya pentingkan diri sendiri, bagi saya itu kesan pendidikan alami.

Tapi kalau pasal wang , duit , mullah dan yang seangkatan dengannya , mulut becok tak boleh henti, ada yang kata saya syok sendiri , bukan itu hajat dihati , apa nak buat memang saya mengerti , tak semua orang suka akan kejayaan diri ini, tapi bagi mereka yang ingin meningkatkan diri, ambil contoh yang baik dan buang mana yang tak berkenan dihati.

Ada ketika saya nampak macam gila-gila, seperti mana yang tunang saya perasan sekali sekala, tapi sebenarnya itulah salah satu cara saya melepaskan perasaan , jangan dipendam dihati nanti rosak badan.

Ada yang kata saya seorang yang complicated atau rumit , saya kira sayalah orang yang paling simple atau ringkas anda pernah ketemu, seperti mana pesan arwah ayah, kalau lapar makan, kalau penat rehat , kalau haus minum dan kalau mengantuk tidur, tidak susah untuk di praktikkan , kalau mahu seribu daya.

Saya dilahirkan didalam era rock 70an , mungkin semasa kecil saya sering diperdendangkan lagu-lagu rock zaman tersebut, dari bad company ke deep purple , dari led zeplin ke rainbow, pengaruh lagu-lagu rock kumpulan ini menebal didalam diri. Rock membawa maksud tersendiri dalam diri ini , iramanya , liriknya , sentuhan perasaan pada lagunya, semuanya terasa sebati dengan diri ini. Untuk menenangkan diri, selain daripada rock , classical terutama irama dari vivaldi , mozart dan beethoven mententeramkan diri ini.

Bagi yang tidak mengenali atau kali pertama besua, terasa pesepsi seperti diri ini seorang yang kasar dan garang , ada juga yang terasa seperti bongkak dan sombong, tapi kalau ditanya tunang saya, dia akan mengatakan saya seorang yang romantis , mahu tidak mahu , saya memang seorang yang romantis , Mr. Dacy adalah watak kegemaran saya dalam karya terkenal "Pride and Prejudice oleh Jane Austen. Watak yang disalah ertikan sebagai seorang yang sombong dan bangga dekat dihati saya.

Saya mengkagumi Darcy, biarpun ianya sebuah watak fantasi namun saya rasa seorang lelaki sejati patut mencontohi beliau , Darcy seorang yang berjaya , memilki harta (semua lelaki sepatutnya memiliki harta) , tegas , jujur , ikhlas , menyendiri (tidak suka menonjilkan dirinya) , adil dan romantis. Beliau memiliki karektor lalaki budiman.

Saya gemar menulis, ini adalah salah satu cara saya menzahirkan apa yang ada didalam fikiran saya, bagi saya, untuk sesuatu itu menjadi kenyataan, ianya bermula dari akal , ditulis dan kemudiannya dilaksanakan atau dipraktikkan, barulah ianya menjadi satu realiti , jika tidak ianya akan kekal sebagai satu fantasi semata-mata. Untuk mengingatkan diri sendiri, saya suka mengajar, bagi saya mengajar atau menurunkan ilmu adalah satu cara memaksa diri ini mengingati dan mempraktikkan apa yang kita ketahui.

Bagi saya semuanya senang, tiada yang susah dalam hidup , pada kebanyakan orang mereka takut pada kegagalan , bagi saya kegagalan hanyalah tangga menuju kejayaan , seorang yang bijak pernah berkata " Success is just a pile of failure" , kita tidak akan berjaya kalau kita tidak pernah gagal. Kuncinya ialah tidak mengulangi kegagalan yang sama.

Saya seorang yang percaya pada undang-undang tarikan , apa yang kita fikir , cakap dan buat mengundang kepada perkara yang sebenarnya akan berlaku, jika fikiran , perbualan dan perbuatan kita tidak selari atau tidak sama, ianya akan mengundang kecelaruan dalam hidup.